22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Cara Rebus Kerang Supaya Tak Kecut, Isi Gemuk-Gemuk & Lembut!

Sebut saja kerang rebus, tentu ramai yang terliur. Sama ada direbus, masak sambal, kerabu atau dijadikan rencah masakan bergoreng, rasa kerang yang manis memang membuka selera.

Kerang yang direbus sering digunakan dalam masakan seperti mi kari atau char kuetiau. Namun begitu, ramai yang mengalami masalah di mana isi kerang menjadi kecut dan liat.

Untuk mengatasi masalah ini, jom MyResipi kongsikan cara rebus kerang dengan betul supaya isi tak kecut, lembut dan segar.

PETUA ISI KERANG REBUS TAK KECUT

Berikut merupakan perkongsian oleh Puan Ct Nazura mengenai cara merebus kerang supaya isi tak kecut:

“Banyak tanya macam mana saya rebus kerang isi tak kecut. Mula-mula basuh kerang sehingga bersih dan tapiskan.

Sediakan periuk, letal bawang, halia dan serai yang diketuk. Letakkan air paras untuk kerang tenggelam.

Masak sampai mendidih. Masukkan garam dan ajimoto sebelum masukkan kerang. Biarkan mendidih sekali lagi.

Bila dah mendidih, kacau kerang dan tutup api. Taburkan daun kunyit dan cili.

Okay siap. Nanti dapat hasil macam ini. Kalau tak habis, boleh buat sambal. Kopek isi kerang dan rendam dalam air sejuk.

Simpan dalam peti ais, keesokan harinya kerang akan menjadi gebu.”

Sumber: Facebook CT Nazura

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.