22.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Cara Simpan Daun Pisang Agar Tahan Lama Lebih Seminggu, Tak Cepat Layu!

Kuih muih Melayu banyak menggunakan daun pisang sebagai pembungkus. Antara kuih tersebut adalah kuih moci, kuih jongkong, kuih nagasari dan sebagainya lagi.

Jika kuih dibuat dalam kuantiti yang sedikit, pasti akan ada lebihan daun yang tidak habis diguna. Jadi, jom simpan daun itu dengan menggunakan petua ini.

Jika salah cara penyimpanannya, daun akan menjadi cepat layu dan akhirnya terbuang begitu sahaja. Membazir bukan?

Oleh itu, mari kita pelajari cara yang betul seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Juliana Ismail di bawah.

Jika menggunakan petua ini, daun pisang boleh kekal segar dan tahan lama sehingga lebih seminggu.

PETUA SIMPAN DAUN PISANG AGAR TAHAN LAMA

1. Sediakan daun yang sudah siap dilayur dan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.

2. Ambil surat khabar, bungkus kemas daun tersebut.

3. Ambil beg plastik yang bersih pula, bungkus dan ikat dengan kemas.

4. Simpan dalam chiller (tempat letak sayur bahagian bawah sekali peti ais).

5. Boleh tahan lebih dari seminggu. Keluarkan daun semasa mahu diguna saja.

6. Boleh jimatkan masa dalam penyediaan kuih. Semoga bermanfaat.

daun pisang

Sumber: Facebook Juliana Ismail

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.