22.2 C
Malaysia
Wednesday, July 3, 2024

Latest Posts

Cerita Tentang Perempuan Tapi Guna Objek Gambarkan Kemaluan


Pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menyelar tindakan sebuah jenama produk yang menggunakan

Jangan guna marketing ‘double meaning’

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama sebenar berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan cara promosi yang menggunakan ‘double meaning’ untuk menarik perhatian pembeli.

Saya sebenarnya tak faham berkaitan dengan artis dan selebriti atau founder yang jual produk wanita yang mana produk itu kononnya nak bantu perempuan dari segi keputihan dan masalah seksual dengan suami dengan menggunakan marketing yang bersifat ‘double meaning’.

Cerita tentang kemaluan perempuan, tapi gunakan objek-objek untuk menggambarkan bentuk kemaluan.

Tapi benda ini dah dinormalisasi dan jadi kebiasaan atau adakah memang sengaja buat marketing macam ini untuk pastikan benda itu viral lepas itu delete dan

Kalau kita ini orang yang dikenali, kita nak orang dapat kebaikan daripada produk itu sebab nak bantu perempuan untuk sihat dan boleh berseronok dengan suami. Tapi kenapa perlu guna kaedah marketing seperti itu?

Dalam pada itu, Fairuz berpendapat kaedah promosi yang menakut-nakutkan wanita juga tidak wajar digunakan untuk melariskan produk.

Guna kaedah yang menakutkan perempuan, nanti suami cari lain dan kata suami dah tak selera dengan kita.

Kenapa takutkan perempuan dengan benda macam ini?

Isteri kau tak dapat berhias bukan sebab produk tapi dia tanggung banyak benda, anak-anak..duit tak cukup untuk beli produk kecantikkan dan tak ada masa nak siapkan diri.

Menurut Fairuz, masalah perhubungan antara pasangan suami dan isteri seharusnya diselesaikan dengan cara berkomunikasi dan bukannya hanya sekadar bergantung kepada produk tertentu.

Hubungan suami dan isteri perlu banyak komunikasi sebab itu adalah antara kunci untuk menyelesaikan banyak masalah.

Bukan beli produk terus selesai masalah, bukan macam tu.

Justeru itu, pakar motivasi tersebut berharap agar usahawan di luar sana tidak lagi menggunakan promosi berunsur lucah.

Saya harap selepas ini founder kalau nak jual produk jual lah tapi jangan guna marketing lucah macam ni.

Jangan takutkan, letak sahaja fakta-fakta berkaitan dengan produk. Promosi sebab nak bantu wanita.

Terdahulu, akaun Instagram rasmi Nilofa Group, memaparkan beberapa foto objek yang seakan-akan menyerupai alat sulit wanita telah dimuat naik bertujuan untuk mempromosikan produk untuk mengeratkan hubungan suami isteri.

Namun, perkongsian tersebutmalah mereka menyifatkan foto-foto yang dikongsikan itu seakan tidak menjaga sensitiviti masyarakat selain mempunyai unsur ‘soft porn’.

Bukan itu sahaja, tindakan tersebut dikatakan kurang sesuai dengan penampilan Neelofa yang berhijab dan berpurdah.

Tidak lama selepas isu tersebut mendapat perhatian ramai, pihak Nilofa tampil membuat permohonan maaf.

Sumber: TikTok Akhi Fairuz Al-Jengkawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.