23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Cikgu Fadli Salleh Siasat Pelajar Tahun 6 Jarang Datang Sekolah, Rupanya Jaga Ibu Sakit Strok

Namun begitu, alangkah terkejutnya pihak sekolah apabila mengetahui punca sebenar yang menyebabkan pelajar tersebut jarang hadir ke sekolah.

ADVERTISEMENT

READ MORE

Jaga ibu yang ‘stroke’

Kisah sedih pelajar yang dikenali sebagai Iman itu dikongsi pempengaruh serta aktivis sosial Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, Cikgu Mohd Fadli Salleh di Facebook (FB).

Difahamkan, Iman jarang hadir ke sekolah kerana menggalas satu tanggungjawab yang besar iaitu perlu menjaga ibunya yang terlantar sakit di rumah akibat angin ahmar.

Seorang murid tahun 6, Iman didapati selalu tak hadir ke sekolah. Setelah sekolah siasat, rupanya anak ini menjaga emak yang stroke.

Bila Cikgu Zahran (rakan Cikgu Fadli) maklumkan pada aku kes ini, kami terus buat kunjung ziarah. Hantar pampers, hantar makanan dan bagi bantuan. Pak Tam hadiahkan Iman itu sebuah basikal.

Selepas kunjungan dari pihak sekolah dan pihak Dana Kita hulur sumbangan, anak ini kembali rajin ke sekolah.

Dalam pada itu, Cikgu Fadli turut mendedahkan bahawa sumber pendapatan Iman dan keluarganya kini bergantung kepada kakaknya yang berusia 17 tahun serta abang yang bekerja di sebuah pusat membeli belah di ibu kota selepas mereka kehilangan bapa.

Kakaknya usia 17 tahun behenti sekolah sejak F1 kerana hidup susah. Abang dan kakak inilah yang kerja di M3 Mall untuk menyara emak dan adiknya.

Mujur Baitulmal MAIWP ada beri bantuan bulanan RM500 sebulan. Ringan la sikit beban mereka.

Namun RM500 sebulan nak jaga orang stroke, nak beli barang dapur, memang sangat-sangat tak cukup. Harap sangat ada pihak MAIWP ziarah keluarga ini dan nilai semula zakat bulanan itu. Kalau dapat naikkan sedikit lagi, syukur.

Semoga mereka dibantu

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih buat Cikgu Fadli dan rakan-rakannya yang sangat prihatin dengan nasib yang menimpa adik Iman.

Mereka juga mendoakan agar segala urusan adik Iman sekeluarga dipermudah.

Hantaran di Facebook

Sumber: Facebook 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.