21.5 C
Malaysia
Monday, July 1, 2024

Latest Posts

“Comel Tengok Bella & Muaz, Semoga Berjodohan” – Netizen

Baru-baru ini, pelakon Bella Astillah dan Muaz Zabir dipertemukan bagi mempromosikan drama bersiri lakonan mereka iaitu Leha Leya Lawa Karnival Jom Heboh.

Ketika acara berlangsung, Bella dan Muaz turut beramah mesra bersama peminat. Turut dikongsikan video di Instagram Tontonmy memaparkan Bella dan Muaz menari bersama.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kedua mereka comel dilihat bersama dan sepadan. Malah, ada yang mendoakan agar mereka berjodohan.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen menyebut tentang adab ketika dalam tempoh edah apatah lagi Bella baru bercerai pada bulan lalu. 

Terdahulu, Bella dan Aliff Aziz sah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu. Aliff menyerahkan hak jagaan anak-anak terhadap bekas isterinya dan Bella tidak menuntut mutaah dan harta sepencarian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.