30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Cucur Udang Guna 3 Bahan Saja, Resipi Semudah ABC!

Kadangkala cucur udang menjadi kurang enak kerana terlalu banyak menyerap minyak. Bila disentuh, bibir terasa berminyak.

Kali ini MyResipi nak bagi resipi beserta tip membuat cucur yang terbaik dan rangup, tidak menyerap minyak dan semudah ABC. 

Kalau style utara pula, wajib hidang dengan kuah kacang. Cara untuk buat kuah kacang sempoi pun ada dalam resepi ni. Memang cukup lengkap.

Ikuti resipi ringkas dari perkongsian dari Cik Puan Chinta Eyja ini. 


RESIPI CUCUR UDANG GUNA 3 BAHAN

cucur udang

Bahan-bahan:

  • Tepung cucur udang Adabi
  • Udang
  • Daun Bawang

Cara-cara penyediaan:

1. Mula-mula, bancuhkan ketiga-tiga bahan dengan air.

2. Panaskan senduk supaya bancuhan tepung tidak melekat.

3. Masukan sedikit bancuhan dan 1 ekor udang.

4. Rendamkan dalam minyak yang telah panas.

5. Biarkan sekejap sehingga bahagian bawahnya masak. Cucur akan tertanggal sendiri dari senduk.

6. Dah masak, boleh angkat dan toskan. Belah cucur tadi kepada empat. Siap.

Tip tambahan: Untuk rangupkan cucur, gunakan ais ketul atau ais atau air batu. Itu sahaja, tak ada guna serbuk penaik, tak ada guna air kapur jadi lebih mudah. Selepas itu adunan perlu diperapkan seketika untuk reaksi tepung dan air, dan juga untuk aktifkan natural yeast sebelum menggoreng.


Itu sahaja, cara membuat cucur dengan tiga bahan  sahaja. Anda boleh menyesuaikan jumlah udang dan tepung mengikut citarasa anda. 

Selamat mencuba.

Sumber: Chinta Eyja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.