22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Daging Jeruk Cara MUDAH, Hilang Diet Bila Masak Lauk Ini

Daging jeruk goreng tentunya membuka selera dan untuk menikmatinya tak perlu masak terlalu lama. Anda hanya perlu panaskan sedikit minyak dan goreng daging bersama hirisan bawang serta cili. 

Sebelum itu, mesti anda pernah dengar dan makan daging pekasam, kan? Kalau nak tahu, daging pekasam dan daging jeruk adalah dua masakan yang berbeza. 

Kesedapannya pula atas selera masing-masing. Ada yang kata daging jeruk lebih sedap berbanding daging pekasam dan sebaliknya. Tapi kalau nak tahu mana yang lebih sedap, jom cuba buat. 

Keenakan dan haruman bau hidangan ini memang membuka selera. Jom cuba resipi mudah perkongsian Cik Puan Fatimah Hashim ini. Sangat berbaloi.


CARA BUAT DAGING JERUK

Bahan-bahan:

  • 500g daging potong nipis (basuh bersih toskn keringkan air)
  • 20-30 biji limau kasturi @ lemon
  • Garam kasar/halus

Cara penyediaan:

1. Letak daging dalam bekas kedap udara susun tabur garam.

2. Akhir sekali, letak kulit limau atas daging. Tutup.

3. Letak dalam peti ais bahagian bawah/chiller

4. Ia tahan lama, jadi tak perlu simpan kat peti sejuk beku.

Cara menggoreng:

1. Goreng dlm minyak yang sedikit.

2. Bila daging dah masak, letak hirisan bawang besar/holland&hirisan cili padi atau cili merah besar dan kacang panjang.

3. Taburkan garam dan gaul sebati. Siap!


Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.