23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Daging Masak Kicap Ala Cina, Sedap Tau Makan Dengan Nasi Panas Panas!

Daging Masak Kicap Ala Cina, Sedap Tau Makan Dengan Nasi Panas Panas!

Resipi macam ni simple je sebenarnya nak buat dan semua orang wajib cuba rasa. Sebab rasa dia serius sedap. Cukup rasa rempah dan rencahnya.

Ada yang follow resipi ni untuk buat lauk masakan kenduri, ada yang buat untuk makan bersama keluarga je dan ada juga yang buat salah satu dalam jualan mereka. Yang penting, memang ramai yang suka.

Tengok resipi yang dikongsikan oleh Encik Wan LuQman ini nampak mudah dan senang je nak follow. Jom lihat bahan-bahan yang digunakan. 


RESIPI DAGING MASAK KICAP ALA CINA

Bahan-bahan:

  • 500g daging – hiris lawan urat
  • 2 inci halia – hiris
  • 2 ulas bawang putih – dititik
  • 1 bawang merah – belah empat
  • 1 cili benggala – potong kecil
  • 3 cili kering – potong kecil
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar kicap karamel
  • 3 sudu kicap pekat
  • 1 sudu cecair stok ayam
  • Secubit lada hitam kasar
  • Minyak masak secukupnya

Cara memasaknya:

1. Dengan api yang besar, tumis bawang putih dan hirisan halia. Kemudian masukkan daging, kacau hingga daging masak sedikit.

2. Masukkan kicap cair. Lebih kurang 2-3sudu besar. Kicap karamel pun lebih kurang macam kicap cair. Cuma untuk coloring dan rasa lemak sahaja.

3. Kemudian, masukkan juga kicap manis, stok ayam dan segala bahan yang dipotong tadi. Gaul sebati.

4. Lepas gaul, masukkan secubit lada hitam kasar. Hiris cili kering. Bertujuan untuk rasa sedikit pedas. Pedas lada hitam dan cili kering adalah berbeza. Lada hitam itu untuk heat.

5. Bila kuah dah nak memekat dan kering. Boleh tutup api dan letak dalam pinggan lauk.

6. Sedia untuk dihidang. 

daging masak kicap ala cina


Kalau dah siap masakan daging kicap ala cina ini, makan dengan nasi panas je pun dah cukup untuk buat kita bertambah nasi!

Nak makan lauk daging kicap ni, dengan nasi putih boleh, nasi berperisa boleh, dengan pulut atau ketupat palas pun marvellous!

Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.