30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Daging Masak Ungkep, Masakan Jawa Yang Sedap Rasa Berempah

Daging Masak Ungkep mungkin asing bagi segelintir orang kita tetapi begitu popular dalam kalangan masyarakat Jawa. Rasanya cukup menarik dan boleh diratah begitu saja.

Juadah daging ungkep dimasak dengan rempah ratus yang menjadikan hidangan lebih menyelerakan.

Cara memasaknya ringkas dan cepat, hanya seperti membuat daging goreng biasa.

Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Nurasykin Ali dari laman Facebook yang nampak menarik untuk dicuba.


RESIPI DAGING MASAK UNGKEP

Kalau nak tahu, menu daging ungkep ini ibu dalam pantang pun boleh makan tau. Disebabkan hidangan ini sedikit berminyak, jadi pastikan dah 2 ke 3 minggu berpantang baru boleh makan.

bahan daging masak ungkep

Bahan-bahan:

  • Daging yang dah direbus
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 batang serai
  • 2 sudu ketumbar* ( dah direndam )
  • Sedikit halia*
  • Sedikit kunyit*
  • Sedikit air rebusan daging*
  • Sedikit air asam jawa

Cara memasak:

1. Blender yang bertanda * dan tinggalkan serai, sebiji bawang besar dan air asam jawa. Panaskan minyak dan masukkan serai. Kemudian masukkan bahan yang di blend tadi.

2. Tumis hingga sedikit kering dan masukkan daging.

3. Dah nampak kering tu kan, masukkan air asam jawa.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Masak lagi sampai betul-betul kering. Lepas tu, hiris nipis sebiji bawang besar yang tinggal tadi. Kemudian taburkan atas dia. Siap masak.

6. Sedia untuk dihidang.

daging masak ungkep


Ibu berpantang tak ada lah buntu nak masak apa kan lepas ni. Tapi ingat pesan Kak Ekin tadi tau. Pastikan selepas minggu ke 2 atau ke 3 baru boleh makan lauk macam ni.

Okey, selamat mencuba resipi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.