22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

DEMI ANAK – FAIZAL HUSSEIN TOLAK TAWARAN UNTUK RAWATAN TANAM RAMBUT

Semua sedia maklum mengenai pelakon popular Rosyam Nor yang sebelum ini memberitahu, dia memilih untuk membuat rawatan menanam rambut demi kekal kelihatan awet muda, selain mahu berterusan menarik peminat baharu.

Rosyam dalam masa sama meluahkan rasa syukur teknologi semakin maju dan boleh membantu meningkatkan penampilannya sekali gus dimanfaatkan bagi tujuan kerjaya seni.

Dalam pada itu, sepupu kepada Rosyam iaitu pelakon Faizal Hussein mendedahkan, dia juga pernah menerima tawaran tersebut, namun menolaknya demi kehendak anaknya.

“Kalau kita nak keluar duit, saya kira beberapa ribu cucuk itu dekat RM60,000 hingga RM70,000 dia nak kena bayar. Tapi kerana dia artis, doktor itu buat rawatan percuma. Tapi kena ambil videolah. Muka saya jadi bahan promosi. Anak lelaki saya Fazrick tak bersetuju dan larang saya buat.

Klik untuk gambar besar

“Dia tak bagi kerana dia ada harga diri dan tak nak orang tengok video bapa dia buat begitu. Jadi saya ikut kehendak dia,” ujar Faizal yang turut berkata, Rosyam beruntung kerana mendapatkan rawatan teknologi ini secara percuma berbanding harga sebenar yang agak mahal.

Tambah Faizal, untuk melakukan proses ini juga bukan perkara mudah kerana perlu merasa kesakitan.

“Pada saya tak tahulah, Alhamdulillah Tuhan bagi rezeki dari segi umur sekarang saya masih lasak dan buat babak aksi sendiri,” katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.