29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Dituduh Simpan Arak Dalam Rumah, Muka Tak Ada Nur, Amylea Azizan Tuntut Permohonan Maaf

Penyanyi dan pelakon, Amylea Azizan menuntut permohonan maaf terhadap seorang netizen yang melemparkan fitnah terhadap dirinya di sebuah forum baru-baru ini.

Amylea memaklumkan mengenai perkara itu di Instagram Story dan menganggap kenyataan individu itu sebagai satu fitnah berat dan melampau.

Orang ini menuduh saya ada arak di dalam peti ais rumah saya. MasyaAllah, dia respond kepada satu artikel yang menulis tentang saya yang tidak pernah minum arak.

Berikutan itu, Amylea menuntut permohonan maaf dan memaklumkan bahawa dia tidak akan memaafkan dosa fitnah tersebut serta usaha untuk menyebarkannya.

Error loading media
CORON- A 4k Aerial Film of the Philippines

00:00

Live
00:00 / 01:54

Copy video url
Play / Pause
Mute / Unmute
Report a problem
Language
Back
Default
English
Español
Українська
Русский
Share
Back
Vidverto Player

Individu itu difahamkan telah menuduh Amylea menyimpan arak di dalam peti ais rumahnya dan seorang lagi individu ada membuat kenyataan bahawa penyanyi itu dibesarkan di kelab malam.

Saya juga mahu individu ini untuk meminta maaf kepada ibu saya dan saya bersimpati kepada dia kerana tidak pernah berpeluang untuk meminta maaf kepada arwah ibu saya.

Malah, Amylea juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap individu berkenaan.

“Saya masih berfikir untuk saman fitnah ini tapi saya beri masa untuk diri saya dan orang ini untuk muhasabah. Semoga Allah beri jawapan yang terbaik. Dia patut tahu dia boleh lukakan hati saya tapi bukan ibu saya” tulisnya lagi.

SUMBER : Instagram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.