22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Doakan Puteri Sarah Menemui Jodoh yang Terbaik

Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akhirnya berakhir dengan perceraian talak satu hari ini. Syamsul mendoakan bekas isterinya bertemu jodoh yang baik dan bahagia. “Walaupun bukan bergelar suami isteri, saya tetap berharap Puteri Sarah bertemu lelaki yang boleh menjaganya dengan baik. Saya doakan Puteri Sarah temui kebahagiaan. Saya harap dia bertemu jodoh dengan seseorang yang baik dan boleh membahagiakannya. Jika anak-anak ada bapa baharu, saya juga akan terima,” katanya. Meskipun sudah berpisah, Syamsul dan bekas isteri akan kekal berhubung demi anak-anak mereka.”Ikatan kami akan kekal demi anak-anak. Saya akan sentiasa membantu kerana dia tetap ibu kepada anak-anak saya,” kata beliau.







LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.