30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Dodol Durian Guna Breadmaker, Hanya Guna 6 BAHAN Ini Je

Dodol Durian Guna Breadmaker, Hanya Guna 6 Bahan Ini Je.

Bila musim raya ini, tentulah terasa nak makan dodol. Tapi mana nak cari dodol fresh kan?  Masalah itu dapat diselesaikan dengan adanya peralatan dapaur elektronik seperti bread maker ni. 

Jom belajar buat dodol guna bread maker. Senang je awak. Lebur je dalam bread maker. Tau-tau dah siap dodol kite.

Kita ikuti resipi mudah dari perkongsian Cik Puan Suwaibah Hussin ini. Jom lihat bahan-bahan dan tutorial dibawah.


RESIPI DODOL DURIAN GUNA BREADMAKER

bahan dodol durian

Bahan-bahan:

  • Tepung pulut cap gajah 3 415gm
  • Tepung beras 3 sudu besar
  • Gula merah 450gm
  • Gula pasir 150 gm
  • Santan 700gm (boleh guna santan kotak campur santan segar)
  • Garam 1½ sudu kecil
  • Air 350 ml (masak dgn gula, sejukkan)

Cara membuatnya:

1. Campur tepung, garam, santan dgn air gula yang dah sejuk, lepas itu tapis masuk dalam breadmaker.

2. Guna mode jem. Masak 2 kali. Satu pusingan 1 jam 20 minit.

3. Letak 8-10 ulas isi durian pada ulian kedua.

4. Satu adunan ni dapat 1 kilo lebih dodol durian. Siap!

dodol durian


Selamat mencuba!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.