29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Emma Stone Tidak Akan Muncul dalam Spider-Man 3 Kerana Kehamilan?

Sebelum ini, berita mengenai pelakon-pelakon filem Spider Man terdahulu seperti Andrew Garfield, Toby Maguire, Emma Stone dan Kirsten Dunst akan kembali membintangi sekuel Spider Man 3 yang turut dibintangi Tom Holland telah menjadi tular.

Namun, berita terbaru mengatakan bahawa Emma Stone yang dijadualkan membintangi filem Damien Chazelle’s Babylon telah menarik diri daripada penggambaran tersebut kerana dikatakan sedang hamil. Walaupun tiada pengumuman rasmi daripada Stone, beberapa jurugambar berjaya mengambil gambar Stone bersama suaminya, Dave McCary yang kelihatan seperti hamil.

Walau bagaimanapun, peminat masih berharap bahawa Stone yang memegang watak sebagai Gwen Stacy sebelum ini masih akan kekal dalam penggambaran filem Spider Man 3. Ini kerana adegan yang bakal dijayakannya hanya melibatkan sedikit masa dan pihak produksi boleh menunggu sehingga Stone melahirkan anaknya. Spider-Man 3 dijangka akan ditayangkan pada 17 Disember 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.