21.8 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Fasha Sandha Tak Sabar Nak Kahwin Dengan ‘Penyondol’?

Kemesraan antara Misha (Fasha Sandha) dan Nordin (Fadlan Hazim) yang keterlaluan dan tiada batasan sehingga membuatkan anak-anaknya menjauh dengan ibu kandungnya sendiri.

Mengisahkan Nilai kekeluargaan

Yana (Puteri Balqis) yang dulu menjadi pendengar setia ibunya berubah menjadi anak yang biadab sehingga sanggup meninggikan suara kepada ibunya kerana muak melihat ibunya yang sering keluar bersama Nordin sedangkan kubur bapanya masih merah lagi.

Jangan lupa saksikan Khilaf Yang Tertulis menerusi slot Samarinda setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Iddah ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami di mana dia tidak boleh menikah dalam jangka masa iddah.

Hukum iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami. Isteri yang kematian suami hendaklah menjalani tempoh iddah selama 4 bulan 10 hari.

Tindak Tanduk Diawasi

via Media Prima

Selepas kematian suaminya, Misha yang masih dalam tempoh iddah memaksa Nordin untuk membuat keputusan sama ada mahu berkahwin sekarang atau lupakan saja hubungan mereka sehingga membuatkan Nordin dilema kerana dia harus memikirkan penerimaan anak-anak Misha yang baru kehilangan bapanya.

Akhirnya Nordin setuju dan mereka berkahwin selepas Misha selesai iddah walaupun tiada seorang pun setuju dengan pernikahan tersebut.

Ini membuatkan Amir, adik arwah, terus mengawasi tindak-tanduk Nordin kerana dia merasakan Nordin bagai “menangguk di air keruh”.

Oleh itu, Amir (Ashraf Muslim) bertekad untuk menjaga amanah dan wasiat yang ditinggalkan Firdaus (Zamarul Hisham) pada anak-anak. Malah, Amir mahu mendapatkan hak penjagaan anak saudaranya.

Jangan ketinggalan untuk menonton Khilaf Yang Tertulis  menerusi slot Samarinda malam ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.