22.7 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Fazley Yaakob Komen Isu ‘Terpaksa Rahsiakan Penyakit Kerana Takut Hilang Job’,-“Terlalu Pedih…”

Industri hiburan baru-baru ini telah dikejutkan dengan berita pemergian pelakon terkenal, Ridzuan Hashim yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari semalam.

Anak lelaki tunggal kepada arwah, Muhammad Dhanial turut membuat pendedahan kepada media tempatan mengenai bapanya yang telah menghidap penyakit jantung selama tiga tahun. Jelas Dhanial, bapanya merahsiakan mengenai penyakitnya itu disebabkan rasa bimbang tidak akan mendapat tawaran berlakon oleh pihak produksi.

Tidak Mahu Pemergian Mengejut Berlaku Atas Alasan Sama

Kenyataan tersebut turut mendapat reaksi oleh penyanyi, pelakon dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menerusi hantaran di Instagram, merayu kepada rakan-rakan untuk tidak membiarkan lagi pemergian mengejut berlaku disebabkan alasan yang sama.

“Allahu..terlalu pedih ayat ini untuk ditelan. Adakah ‘pemberi rezeki’ kini telah menjadi terlalu jumud pemikiran mereka sehingga ramai sahabat-sahabat seindustri terpaksa ‘buat-buat sihat’ agar terus mendapat rezeki yang halal?.

This is to stop!. Please lah sahabat-sahabat semua, janganlah sampai pemergian mengejut sahabat-sahabat kita berlaku lagu atas alasan yang sama.”-tulis Fazley di Instagram

“Realiti Dekat Malaysia Macam Ni Laa…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi mereka, malah yang berpendapat ia adalah realiti yang berlaku dalam semua industri di Malaysia.

“Takde pilihan, tengok jelah Aaron Aziz. Kena reject berlakon sebab sakit saraf dia.”

“Bukan kata industri seni je. Keje-keje lain pun kalau nak apply, majikan akan minta buat medical check up dulu. So susah nak cakap.”

“Betul, tapi zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja.”

“Rasanya bukan dalam industri kreatif. Dalam semua bidang kerja pun berlaku perkara macam ni.”

“Realiti dekat Malaysia macam ni la. Pekerja ada sakit terus nak buang, sebab tu kadang-kadang ada yang terpaksa sembunyikan penyakit.”

Al-fatihah buat Allahyarham Ridzuan Hashim…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.