29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Filem Terbaru Lakonan Reza Rahadian & Dian Sastrowardoyo Ini Hanya Pakai Telefon Pintar Samsung

Galaxy Movie Studio secara rasmi mengeluarkan trailer untuk filem ‘Konfabulasi’, sebuah filem pendek oleh Angga Dwimas Sasongko yang dihasilkan menggunakan telefon pintar, Samsung Galaxy S21 Ultra 5G. Filem bergenre thriller dan science fiction ini dibintangi oleh dua bintang hebat iaitu Reza Rahadian dan Dian Sastrowardoyo.

Dipetik dari laman Mancode.id, ‘Konfabulasi’ mengisahkan seorang lelaki (dilakonkan oleh Reza Rahadian) yang menjadi objek proses konfabulasi. Ini adalah proses menanamkan kenangan palsu yang diciptakan untuk mengisi kekosongan dari perkara yang hilang dalam ingatan.

Penghasilan filem pendek ‘Konfabulasi’ sepenuhnya menggunakan teknologi yang dimiliki oleh Samsung Galaxy S21 Ultra 5G. Antaranya melalui kamera 108 Megapixel, dengan kualiti video yang dihasilkan mencapai resolusi 8K yang mampu memberikan pengalaman menonton dan membuat video yang epik.

Kemudahan memilih sudut video sesuai dengan point of view ketika mengambil gambar, yang dapat dioptimumkan dengan fitur Director’s View. Ciri Low Light yang dapat merakam video dalam keadaan cahaya minimum juga dapat memberikan nuansa yang berbeza dengan video yang dihasilkan.

Ini bukan kali pertama Reza Rahadian dan Dian Sastrowardoyo membintangi dalam sebuah produksi filem. Oleh itu, gabungan dua pelakon top Indonesia ini menjadikan Galaxy Movie Studio 2021 lebih menarik untuk dinantikan. Lebih-lebih lagi, mereka berdua berlakon di bawah arahan Angga Dwimas Sasongko.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.