21.3 C
Malaysia
Monday, July 1, 2024

Latest Posts

Gelagat Adira Suhaimi & Datin Red Hadir Acara Fesyen Curi Perhatian Peminat!-” Bagus Madu Macam Ni..”

Perkongsian video oleh penyanyi, Adira Suhaimi di media sosial telah mencuri perhatian selepas dia dan madunya, Datin Red atau nama sebenarnya Syarifah Nor Syafila yang dilihat sama-sama menghadiri sebuah acara fesyen di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Kuala Lumpur.

Titip Ucapan Istimewa Buat Madu

Menerusi perkongsian di Instagram, Adira dilihat menitipkan ucapan istimewa buat Datin Red yang sudi menerimanya untuk menjadi sebahagian dari hidup madunya itu.

“Tak reti sangat nak cakap berbunga-bunga ni. Sis cuba la ya.

To my beautiful honey @datin_red terima kasih sebab sudi menerima saya jadi sebahagian hidup akak.

Semoga Allah SWT menjaga hubungan ini Amin.”-tulis Adira

Sikap Adira Dipuji Peminat

Tinjauan Murai MY di ruangan komen perkongsian Adira mendapati, rata-rata peminat dilihat memuji sikap Adira yang sangat menjaga hati madunya itu, malah ada yang turut menitipkan doa agar ikatan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.

“Sayang kamu dunia akhirat 😭😭.”-Datin Red

“Untuk yang no.2 sila la contohi Adira. Tak over, tak terlalu menunjuk, masing-masing jaga hati perasaan. Sebab tu boleh ada hubungan baik macam ni.”

“Adira madu yang baik. Datin pun orang yang baik. Semoga baik-baik sahaja.”

“Bagus jadi madu macam ni, tak expose pun gambar-gambar dengan Datuk Red, Adira pandai pilih jaga hati madu.”

“Insan terpilih..Semoga berbahagiaan dunia akhirat.”

Sekadar info, Adira telah mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua. Pasangan ini turut dikurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, Asan, Anggun, dan Ayoub.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.