22.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Harga Pakej RM250K, Ramai Terpegun Lihat Khemah VVIP Jemaah Haji Malaysia – “Ada Lobster, Tandas Tak Perlu Beratur”

Setiap orang melalui pengalaman yang berbeza ketika menunaikan haji tetapi apa yang sama adalah masing-masing fokus untuk beribadah.

Video dikongsi oleh usahawan tudung Haliza Maysuri meraih perhatian warganet selepas dia menunjukkan suasana khemah didudukinya semasa menunaikan ibadah haji baru-baru ini.

 

Khemah VVIP pakej RM250K

Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok itu, khemah tersebut dilihat begitu luas dan turut mempunyai kerusi empuk untuk jemaah berehat dengan selesa.

Difahamkan, khemah tersebut adalah khas untuk VVIP yang mengambil Pakej Almaas dari Tabung Haji (TH) bernilai RM250,000.

Bukan sekadar khemah yang luas dan tempat rehat yang selesa tetapi jemaah turut dihidangkan makanan mewah seperti lobster.

Tambah Haliza, jemaah yang mengambil pakej itu juga diberi kemudahan tandas di dalam khemah dan tidak perlu beratur panjang.

Keluar khemah saja bangunan tempat melontar sudah depan mata. Hidangan lobster segar, karpetnya kalau pijak tenggelam tapak kaki, sofa empuk boleh buat jadi katil, siap ada selimut dan bantal. Alhamdulillah. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

@halizamaysuri Keluar khemah saja bangunan tempat melontar sudah depan mata, Hidangan lobster segar, karpetnya kalau pijak tenglam tapak kaki, sofa empuk boleh buat jadi katil, siap ada silimut dan bantal, bilik air pula dalam khemah tak perlu Q panjang. Alhamdulillah 🤲 Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” #haj2024 #haji2024 #almaas @tabunghajitravel ♬ Daur Hidup – Donne Maula

Hantaran itu meraih perhatian ramai warganet yang berasa teruja melihat kemudahan disediakan di khemah tersebut dan mendoakan agar mereka dapat merasai pengalaman sebegitu.

SUMBER : TikTok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.