21.3 C
Malaysia
Tuesday, July 2, 2024

Latest Posts

“Hari-hari Doa Untuk Allah Kekalkan Istiqamah, Paksa Diri Solat”

Hampir tiga tahun berhijab dan berhijrah ke arah lebih baik, pelakon Oktovia Manrose berkata dia tidak pernah berhenti berdoa agar dia kekal istiqamah untuk menutup aurat serta memperbaiki ke arah lebih baik.

Menerusi perkongsian di Instagram, Oktovia berkata dia pelru memaksa diri untuk menunaikan kewajipan dan dia percaya jika niat ikhlas untuk berubah, Allah akan permudahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose)

“Tahun ini genap tiga tahun dalam perjalanan hijrah untuk kekal istiqamah. Memang tidak mudah. Tapi insya-Allah dengan niat ikhlas untuk berubah itu Allah beri kekuatan dan kefahaman. Allah beri panduan.

“Alhamdulillah hari-hari doa untuk Allah kekalkan istiqamah, paksa diri solat, paksa diri dengar ceramah untuk cari kekuatan istiqamah,” tulisnya.

Sementara itu, Oktovia memberitahu asbab dia nekad untuk berhijrah selepas mendengar ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar.

“Topik ceramah ustaz semalam ialah mengenai hubungan suami isteri dan bagaimana kita nak kuatkan ikatan rumah tangga. Aura ustaz tak pernah berubah, ceramah ustaz mesti akan memberi kesan yang mendalam. Sama seperti pertama kali saya mendengar ceramah ustaz pada 2020.

“Dari situlah asbabnya kenapa diri ini boleh bertekad nak berubah dan berhijrah. Masya-Allah Alhamdulillah. Perjalanan yang indah,” tulisnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.