21.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Hari Peneroka FELDA Berlangsung 12 Julai sehingga 14 Julai


Hari Peneroka yang jatuh pada 7 Julai, ditetapkan oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein yang juga pengasas Felda.

Tarikh keramat ini adalah hari penghormatan kepada peneroka Felda yang telah menyumbang kepada pembangunan negara hampir 70 tahun lamanya. Mereka adalah hero yang tidak didendang!

Anak Felda bakal hiburkan pengunjung

Bakal berlangsung pada 12 Julai sehingga 14 Julai ini di Maeps, Serdang, Hari Peneroka Felda dijangka dihadiri 500 ribu orang pengunjung.

Menurut Pengerusi Felda iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Felda mempunyai pelbagai sektor antaranya peladangan, perkilangan dan perkhidmatan yang keseluruhannya mempunyai kitaran hasil bernilai RM10 bilion. Hal ini, memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk bersama Felda bagi menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dari seluruh negara.

Antara aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang Hari Peneroka Felda ialah persembahan daripada artis yang berasal dari Felda. Siti Nordiana dan Mawi antara penyanyi tanah air yang akan menghiburkan para pengunjung pada hari tersebut termasuklah, Firman yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Pada malam tersebut juga, akan berlangsungnya pertandingan Feel Da Starz iaitu pencarian bakat untuk anak-anak Felda. Bukan itu sahaja, Fariz Choi turut bersama meriahkan acara tersebut.

Selain persembahan artis dari Felda, terdapat juga aktiviti seperti Pertunjukan Fesyen Tenun Pahang, Felda Berselawat, Konvoi Bermotor, Cabaran Bioblitz, Konsert Debaran Feel Da Starz, Pertandingan Idea Inovasi Perladangan & Komuniti, Felda 5km Fun Walk, Kejohanan Ping Pong Terbuka, Pameran Gajah Sanum & Cherry, Felda Nation Esports Championship, Karnival Kerjaya, Glamping, Pertandingan Bed Making, Serlahkan Kehebatan X Felda, Robotic Challenge, Kempen Derma Darah, Pertandingan Nostalgia Race, Pesta Kendurian & Pertandingan Memancing.

Menurut pereka fesyen terkenal tanah air, Razman Razmi, mereka sangat teruja kerana berpeluang membantu menjayakan Hari Peneroka pada tahun ini. Ujar Razman Razmi, Firman akan menggayakan busana daripada mereka pada malam persembahan itu nanti.

Sekadar info, Karnival Segalanya Felda turut memperingati pengorbanan dan meraikan sumbangan serta peranan peneroka Felda di dalam kehidupan seharian. Sebarang info mengenai program, pengunjung boleh layari website Segalanya Felda. Jadi, mari ramai-ramai kita meriahkan Hari Peneroka FELDA 2024!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.