21.5 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Hefny Sahad Sah Jadi Suami Nur Atiqah Hanya Sekali Lafaz


Dengan sekali lafaz, penyampai radio, Hefny Sahad sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Nur Atiqah tepat pada jam 5.39 petang Sabtu.

Sah bergerlar suami

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Sinar FM, Hefny atau nama sebenarnya Mohamed Hefny Sahad menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan.

Pada majlis penuh bermakna itu, pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan sendiri.

Difahamkan, pelakon drama Melankolia dan isterinya melangsungkan pernikahan mereka di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Majlis berkenaan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan terdekat mempelai tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, pasangan itu dihujani dengan ucapan tahniah serta doa daripada rakan artis dan juga warganet.

Sumber: IG Sinar FM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.