22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Ibu Aliff Aziz Tak Setuju Drama Terjerat Diboikot

Ibu kepada pelakon sensasi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza dilihat ada memuat naik perkongsian di Insta Story memaparkan sedang menonton drama Terjerat lakonan anaknya bersama Ruhainies.

Menerusi entri itu, Hafiza berkata dia jarang menonton drama Melayu serta mengatakan drama tersebut tidak sepatutnya diboikot kerana kontroversi anaknya.

“Saya jarang menonton drama Melayu. Namun, selepas menonton drama ini, adakah layak untuk diboikot? Tepuk dada tanya hati, insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiza turut meletakkan tanda pagar #avoidcancelculture seolah memberi bayangan meminta orang ramai tidak meneruskan boikot terhadap drama berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.