21.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

IBU ALIFF AZIZ TERIMA JIKA RUHAINIES JODOH ANAKNYA : “APA-APA PUN JIKA ITU YANG TERBAIK, KITA AMINKAN”

Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil memberitahu, dia tidak menolak jika anak lelakinya itu bertemu jodoh dengan pelakon Ruhainies jika itu adalah ketentuan Allah.

“Ada yang cakap kita nak kahwinkan anak di selatan Thailand. Apa-apa pun jika itu yang terbaik, kita aminkan. Kalau jodoh kan, saya tahu ramai yang mendoakan ni mas@lahnya.

“Kalau betul, kan jodoh, pertemuan, ajal, maut, perkahwinan dan perceraian itu semua Allah yang uruskan,” tuturnya.

Sebelum ini, dalam satu perkongsian di Instagram, ibu Aliff menafikan dakwaan mahu kahwinkan anaknya dengan Ruhainies di Thailand.

Menerusi video terbaru dikongsikan, Hafiza turut meminta mana-mana pihak berhenti menyebarkan fitn@h tentang keluarganya serta memaafkan individu yang mengeluarkan cerita berkenaan.

“Saya pun tertanya-tanya siapa yang temu bual saya eh? Cukup-cukuplah, kita maafkan semua yang berjuang keluarkan cerita-cerita yang macam ini. Tergelak kita,” katanya.

Pada 13 Jun lalu, rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz terlerai apabila sah mereka bercerai talak satu.

Dalam pros1ding itu, Aliff menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada Bella, manakala bekas isterinya itu tidak menuntut mutaah dan harta sepencaraian.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :

KLIK DI SINI..!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.