27.4 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Ikon Permotoran Ditahan Polis Dalam Op Samseng Jalanan


Foto: Bernama

Pempengaruh media sosial yang juga dipromosikan sebagai ‘Ikon Permotoran’ antara 284 individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Pegawai, pada malam Rabu.

Tonton perlumbaan motosikal haram

Foto: Bernama

Memetik laporan BH Online, lelaki berusia 23 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan kerana menonton perlumbaan motosikal haram di kawasan terbabit, tetapi memberi alasan datang ke negeri ini untuk berniaga dan singgah di Jalan Pegawai kerana bosan.

Selain ‘influencer’ itu, polis turut menahan 10 remaja bawah umur dan tiga wanita dalam gerakan bermula jam 11 malam sehingga kira-kira jam 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata semua penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi itu diarah menolak motosikal masing-masing sejauh tiga kilometer dari Jalan Pegawai ke Balai Polis Trafik Alor Setar.

Semua yang ditahan berusia antara 15 hingga 20-an, termasuk 10 remaja bawah umur berusia antara 15 hingga 18 tahun dengan lapan masih bersekolah.

Sebanyak 284 motosikal diperiksa dalam operasi itu yang mana 50 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan dan disiasat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sebanyak 194 saman dikeluarkan atas 194 kesalahan, iaitu 47 kerana tiada lesen memandu, 40 kes tiada nombor pendaftaran, 25 kes ubah suai motosikal dan 23 kesalahan berkait cermin sisi.

Selain itu, 22 kes tidak pamer pelekat ‘P’ dan ‘L’ , 17 kes berkaitan aksesori dan masing-masing 12 kesalahan tiada insurans serta lima kes cukai jalan serta lesen memandu tamat tempoh.

Dalam pada itu, polis turut memanggil ibu bapa penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu sebelum mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.

Sumber: BH Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.