30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

“Insyallah, Satu Hari Saya Akan Pakai Tudung”, – Atilia Haron

Sebelum ini , tular di media sosial tentang penampilan Salamiah Hassan yang terlihat bertudung semasa berkongsi gambar bertudung di media sosial dan mendapat pujian ramai.

Malah ramai yang mendoakan agar Salamiah kekal istiqomah dalam memakai tudung dan mencuba menjadi yang lebih baik sehingga ke akhir hayatnya.

Perkara yang tular itu menyebabkan anaknya mendapat soalan cepu emas apabila ditanya bilakah dia mahu berubah ke arah yang lebih baik dan bertudung seperti ibunya.

Tidak hanya mendiamkan diri , Atilia dalam satu perkongsian di media sosial menjelaskan yang dirinya akan bertudung apabila sudah bersedia dan tidak mahu dipaksa apabila berbuat demikian.

Tiada Paksaan

Bukan itu sahaja , ibunya juga tidak pernah memakasa dirinya bertudng dan lebih senang apabila anaknya sendiri yang bersedia untuk berubah ke arah yang lebuh baik tanpa memerlukan pandangan orang lain.

“Mama pun ada cakap, kenapa bertudung jadi isu. Ramai telefon dia tanya pasal bertudung, dia pun malas nak jelaskan.  Biar jelah, memang dah sampai waktunya dia nak bertudung. 

“Tapi pasal saya ni, dia cakap biarlah bila dah bersedia, sama macam dia juga. Bila dia dah sedia nak pakai tudung, alhamdulilah dia dah pakai walaupun tiada orang paksa.  

Atalia turut menjelaskan yang dia kini selesa dengan cara hidupnya tetapi akan berubah bila tiba masanya nanti dan memohon doa orang ramai agar hatinya terbuka berubah pada masa akan datang.

“Dia pun nak sama macam anak dia, tiada siapa paksa dia, nanti saya sendiri nak bersedia pakai tudung. Doa-doakanlah,” katanya.

“Insyallah, satu hari saya akan pakai tudung. Buat masa sekarang saya selesa macam ini, dengan kerja-kerja yang saya lakukan,” katanya.

Terdahulu , Atilia pernah menjadi perbualan hangat apabila berpakaian seksi dan juga memotong rambut dengan gaya lelaki sehingga menghilangkan gaya kewanitaannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.