22.7 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Iqbal Zulkefli Dedah Pembantu Rumah Amal Perbuatan Syirik, Netizen Luah Rasa Bimbang!-“Dia Tengok Kau…”

Penyanyi, pelakon, dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli baru-baru ini berkongsi sikap pelik pembantu rumahnya sehingga terpaksa ditamatkan kontrak pada Oktober tahun lalu.

Pembantu Rumah Amal Perbuatan Syirik

Kongsi Iqbal di Instagram miliknya, pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Indah itu dikatakan telah mengamalkan perbuatan syirik serta sering bercakap dan ketawa apabila bersendirian.

“Saya tengok dekat CCTV, dia tanya dia sendiri yang jawab. Saya rasa pelik, kadang-kadang dia ketawa sendirian. Benda ni tak normal.

Dia ambil satu bekas berisi skru dan mengetuk bekas itu tanpa sedar sampai pecah bekas tu.”-Dedah Iqbal

“Kau Buat Confess Gini Tak Takut Ke?….”

Tinjauan Murai MY di ruangan kome, rata netizen dilihat meluahkan rasa bimbang dengan pendedahan Iqbal mengenai pembantu rumahnya itu, lebih-lebih lagi dirinya yang mempunyai seorang anak angkat, Ziyad yang masih kecil di rumah.

“Bal oh bal, kau buat confess gini tak takut ke? Dia tengok lepastu santau kau dari jauh. Bahaya woo.”

“Semoga di bawah lindungan Allah SWT.”

“Berhati-hati ambil pembantu rumah. Biasanya makanan sering disihir, supaya bila kita makan, kita akan ikut telunjuk dia. Berhati-hatilah. Cari pembantu rumah yang solat, rajin, berdikari sendiri. Jangan pandang luaran, tapi pandanglah hati dan budi pekertinya.”

Terdahulu, Iqbal pernah mendapat teguran netizen yang dikatakan menyebarkan aib pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Indah ketika membawanya membeli telekung di sebuah pusat beli belah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.