22 C
Malaysia
Monday, July 1, 2024

Latest Posts

Iqbal Zulkefli Dituduh Mengubah Ciptaan Allah Selepas Rawatan Suntikan Wajah

Penyanyi, pelakon, dan usahawan, Iqbal Zulkefli mendapat kritikan oleh segelintir netizen selepas memuatnaik video yang memaparkan dirinya yang mengambil rawatan suntikan pada wajah.

Jalani Rawatan Suntikan Cairkan Lemak Degil Pada Wajah

Menurut Iqbal, dia menjalani rawatan suntikan ‘Fat Melting Injection’ untuk mencairkan lemak degil pada wajahnya di sebuah klinik berdaftar.

“Sejak dulu saya tidak pernah buat suntikan. Apabila saya belajar dan bertanya ramai doktor, ada satu rawatan terkenal, selamat yang membuka mata saya iaitu suntikan cairkan lemak.
Macam magik juga dua minggu lepas saya buat, tiga empat hari ni ramai tegur pipi saya makin surut. Penat diet, pipi tetap montel, perut, lengan, bawah dagu semua boleh buat.”-kongsi Iqbal

Dikritik Netizen?

Walaubagaimanapun, perkongsian Iqbal mendapat reaksi kurang senang oleh sesetengah netizen yang berpendapat usahawan sensasi ini telah mengubah ciptaan Allah.

“Adakah pipi itu mendatangkan kemudaratan pada kamu?. Jika tidak, tidak perlu la ubah ciptaan Allah.”
“Ya Allah! Kenapalah kau buat. Allah dah ciptakan kau handsome dan berduit . Bersyukurlah!. Tak perlu nak ubah ciptaan Allah. Tak takutkah kau.”

“Dia Cucuk Bukan Ubah Muka Pun..”

Biarpun mendapat kritikan, Iqbal tetap mendapat pujian peminat, serta ada yang mempertahankan tindakan Iqbal yang hanya menjalani rawatan memecahkan lemak pada wajah.

“Dia cucuk bukan ubah muka pun. Hanya pecahkan lemak area situ. Salah ke? Asal cucuk je dosa… 😒😒.”
“Wah makin handsome la awak 😍.”
“Suntikan kurus pipi ni boleh tahan 2/3 bulan, tapi jangan 2 3 bulan pegi suntik lagi sebab nanti muka tak balance. Muka kecik badan sedang-sedang pulak 😂.”

Apa komen anda?.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.