21.4 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Iqbal Zulkefli Jawab Soalan Netizen Mengenai Hubungannya Dengan DSV-“Saya Tak Mahu Ulang Lagi…”

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli terdahulu pernah menjadi kontroversi disebabkan hubungannya bersama jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang mendapat reaksi kurang senang dari sesetengah pihak, sehingga mendapat tentangan oleh anak DSV, iaitu Cik B yang mendedahkan bahawa beliau dan Iqbal tidak sehaluan serta sering bergaduh.

Disoal Netizen Adakah Iqbal Tidak Mahu Menambat Hati DSV Lagi

Terkini, seorang netizen yang dikenali sebagai @crougmen dilihat meninggalkan komen di hantaran Iqbal di Insagram, bertanyakan kepada Iqbal adakah usahawan ini tidak mahu meneruskan usahanya untuk menawan hati DSV semula.

“Iqbal tak nak teruskan usaha menawan hati DSV lagi?-komen seorang netizen

“Saya Tidak Mahu Ulang Lagi..”

Tidak berdiam diri, Iqbal tampil membalas komen netizen berkenaan dengan menjelaskan bahawa dia tidak lagi mahu mengulang perkara yang sama. Malah dia turut menegaskan bahawa ia adalah satu keputusan yang muktamad dalam hidupnya.

“Saya tidak mahu ulang lagi. Ini keputusan muktamad dalam hidup saya.”-Balas Iqbal di Instagram

Murai My pernah melaporkan mengenai Iqbal yang menitipkan harapan agar kontroversi hubungannya dengan DSV dapat dihentikan. Jelas Iqbal, tidak berlaku pergaduhan di antara mereka, namun dia tidak mahu meneruskannya lagi.

Tambahnya lagi, dia menyatakan bahawa tidak akan ada lagi hubungan yang lebih selain kawan biasa kerana tidak mahu membazirkan masa.

Apa pendapat anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.