30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Iqbal Zulkefli Tegur Aliff Syukri Tak Sedar Diri Punya Suara Tak Sedap, Netizen Sokong!

Umum mengetahui usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri telah merilis lagu raya terbaharunya, berjudul Chuk Ku Chuk Raya di Youtube, semalam.

Beberapa hari sebelum lagu rayanya dilancarkan, Aliff Syukri teruk dikecam netizen disebabkan pakaiannya bersama penari latar dikatakan telah bertentangan dengan budaya tempatan.

Kritik Aliff Syukri Tidak Sedar Diri Punya Suara Tak Sedap?

Terkini, pelakon dan usahawan, Iqbal Zulkefli dilihat mengkritik tindakan Aliff Syukri yang masih tidak sedar diri mahu menyanyi biarpun ‘suara tidak sedap’ ketika bertemu Aliff di sebuah majlis berbuka puasa, baru-baru ini.

“Nyanyi apa, nak tidur, tidur. Menyanyi, menyanyi la. Datuk tak sedar diri lagi ke?. Suara Datuk tak sedap. Orang nak ambik hati je. Datuk Siti mesti la mengalah ‘bagilah, bagilah’.”-kata Iqbal kepada Aliff Syukri

Aliff Pertahankan Diri

Tidak puas hati dengan kritikan Iqbal, Aliff Syukri tampil mempertahankan dirinya dengan menegaskan bahawa penyanyi terkenal Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut ‘mengakui’ kebolehan Alif sebagai penyanyi nombor satu di Malaysia.

“Kau sendiri yang pekak. Datuk Seri Siti Nurhaliza tu dah bagitau aku, yang aku penyanyi nombor satu, dia belakang aku.

Kalau kau dekat sini, suka-suka nak kutuk suara aku, satu Malaysia tahu suara aku sedap. Suara aku ni level-level Justin Timberlake.”-Balas Aliff Syukri kepada Iqbal

Netizen Sokong Tindakan Iqbal!

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen dilihat menyokong tindakan Iqbal yang berani menegur Aliff Syukri berhubung isu lagu rayanya itu.

“Justin sembelit ada la datuk 🤣🤣. Bagi lagi Iqbal. Pertama kali aku tengok orang jenis perasan yang amat ni suara sedap 🤣🤣. Geli perut aku dengar 🤣🤣.”

“Kalau bab ni aku sokong Iqbal, bubuh ja biar dia sedar diri.”

“Depan-depan terus tegur, aku sokong kau bal hahaha 😂.”

“Dan masih lagi tak dapat terima hakikat, kerasnya hati kamu datuk.”

Korang dah dengar ke lagu raya terbaru Aliff Syukri? Apa komen anda?.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.