23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Ira Kazar Dah Mula ‘Upload’ Gambar Syamsul Di Instagram


Perkongsian terbaharu di Instagram Story milik pelakon Ira Kazar mencuri perhatian wargamaya selepas dia memuat naik gambar suaminya, Syamsul Yusof.

Gambar Syamsul

Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini berkongsi foto Syamsul yang juga pengarah sensasi itu di laman sosial tersebut pada Khamis lalu.

Foto berkenaan sebelum itu telah dikongsikan terlebih dahulu oleh Syamsul dalam Instagramnya pada hari sama.

Ira yang juga anak kepada aktor senior, Kazar Saisi itu bagaimanapun tidak meletakkan sebarang kapsyen sebaliknya hanya menggunakan lagu berjudul Nasty nyanyian asal Tyga dan Chris Brown sebagai muzik latar.

Difahamkan, itu merupakan perkongsian pertama Ira memuat naik wajah Syamsul sejak suaminya disahkan bercerai dengan bekas isteri yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana pada 14 Jun lalu.

Imbas kembali, Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari selepas berita itu diumumkan sendiri oleh pengarah filem Mat Kilau itu di menerusi sepotong video di Instagramnya.

Susulan itu, Puteri Sarah yang masih isteri pertama Syamsul ketika itu bertindak menfailkan perceraian sebelum sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Sumber: Instagram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.