30.3 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Jalaluddin Hassan Dimasukkan Ke Hospital


Pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan dilaporkan telah dimasukkan ke wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, pada Khamis.

Ditahan wad

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh anak kepada aktor itu, Zul Qayyum menerusi satu hantaran di laman TikTok miliknya pada hari sama.

Susulan itu, Zul berkata, bapanya tidak dapat tampil beraksi di sebuah program yang sedang bersiaran di televisyen swasta.

Dalam masa, dia memohon doa orang ramai agar aktor berusia 69 tahun itu kembali sihat semula.

Maaf semua. Minggu ini Abah (Jalaluddin) saya tidak ada di Mega Spontan. Baru dimasukkan ke hospital.

Mohon doa daripada semua agar Abah sihat semula dan cepat sembuh.

Insya-Allah lepas sembuh, jumpa di Mega Spontan. Terima kasih.

Bagaimanapun, punca pemilik nama lengkap Jalaluddin Tan Sri Haji Hassan itu dimasukkan ke hospital tidak dinyatakan.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan kenyataan Zul tidak berjaya apabila pesanan mesej ringkas tidak dibalas.

Sumber: TikTok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.