22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Jep Akhirnya Jelaskan Punca Mengapa Tidak Ke Majlis Shuib & Watie

Kisah perkahwinan Shuib dan Watie Hanifiah masih lagi menjadi bualan hangat di media sosial sehingga ramai yang terkena tempias berkaitan dengan majlis mereka.

Sebelum ini muncul pertanyaan tentang kehadiran rakan seperjuangannya semasa majlis pernikahan Shuib namun tidak mendapat penjelasan apa- apa daripada pihak Shuib .

Mamat Sepah sudah memberikan penjelasan yang dia tidak hadir kerana sibuk dengan program lawak yang sedang bersiaran secara langsung setiap minggu.

Namun sudah meninggalkan pesanan selamat pengantin baru dan video call bersama rakannya itu Shuib sudah sedia maklum yang Mamat memang tidak dapat hadir kerana kekangan kerja.

Jelaskan Punca

Asyik diasak denga soalan sama daripada orang ramai , Jep juga menjawab soalan netizen dengan memberitahu semasa siaran langsung yang dia tidak dijemput oleh Shuib untuk menghadiri majlis tersebut.

“Jep kenapa tak pergi kenduri kahwin Shuib?”tanya salah seorang pengikut.

Tetapi Jep bercerita penjang lebar mengapa dirinya tidak dijemput dan tidak melayan soalan yang tidak berkenaan tentang dirinya semasa bersiaran langsung.

“Oh saya tak dijemput,” katanya.

Pendedahan Jep itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Jep kerana memberikan jawapan dengan jelas agar semua perkara dapat dijelaskan dengan baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.