21.8 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

“Jika Itu Yang Terbaik, Kita Aminkan” – Ibu Terima Jika Ruhainies Jodoh Aliff Aziz

Sebelum ini, dalam satu perkongsian di Instagram ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil menafikan dakwaan mahu kahwinkan anaknya dengan pelakon sensasi Ruhainies di Thailand.

Menerusi video terbaru dikongsikan, Hafiza turut meminta mana-mana pihak berhenti menyebarkan fitnah tentang keluarganya serta memaafkan individu yang mengeluarkan cerita berkenaan.

“Saya pun tertanya-tanya siapa yang temu bual saya eh? Cukup-cukuplah, kita maafkan semua yang berjuang keluarkan cerita-cerita yang macam ini. Tergelak kita,” katanya.

Turut menjadi perhatian, Hafiza berkata dia tidak menolak jika Aliff bertemu jodoh dengan Ruhainies jika itu adalah ketentuan Allah.

“Ada yang cakap kita nak kahwinkan anak di selatan Thailand. Apa-apa pun jika itu yang terbaik, kita aminkan. Kalau jodoh kan, saya tahu ramai yang mendoakan ni masalahnya. Kalau betul, kan jodoh, pertemuan, ajal, maut, perkahwinan dan perceraian itu semua Allah yang uruskan” katanya.

Pada 13 Jun lalu, rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz terlerai apabila sah bercerai talak satu. Aliff menyerahkan hak jagaan anak-anak kepada Bella, manakala bekas isterinya itu tidak menuntut mutaah dan harta sepencaraian.

SUMBER: mStar Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.