29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

“Kalau Budak Ni Tak Panjat Rumah Saya, Tak Ada Laa Nak Check…”-Aeril Zafrel

Pelakon, Aeril Zafrel sebelum ini pernah membuat perkongsian di media sosial mengenai seorang individu yang didakwa meletakkan ‘barang’ sihir di kediamannya.

Tampil Bersemuka & Mohon Maaf

Terkini, Aeril menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa ibu kepada budak lelaki berkenaan telah datang bertemunya untuk memohon maaf.

“Semalam saya ada post berkenaan budak lelaki panjat rumah saya dan letak barang sihir. Dan petang tu juga mak dia bawa anak istimewa ini datang berjumpa saya untuk meminta maaf.”-kongsi Aeril di Instagram

“Kalau Budak Ni Tak Panjat Rumah Saya, Tak Ada Laa Nak Check Kawasan Rumah…”

Berkenaan isu barang sihir, Aeril menyatakan bahawa budak lelaki tersebut mengaku bukan dirinya yang meletakkan barang sihir berkenaan, serta sanggup memanjat pagar kediaman Aeril hanyalah sebagai peminat.

“Berkenaan barang sihir, budak ni cakap dia tak ada letak. Jadi kemungkinan bukan dia yang letak. Tapi peristiwa ini ada hikmah di sebaliknya.

Kalau budak ni tak panjat rumah saya, saya tak ada la nak check kawasan rumah tu dan tak jumpa la barang sihir tu. Apapun semoga kejadian ini menjadi iktibar untuk saya.

Katanya budak ni peminat saya tu sanggup panjat pagar sebab suka hehe.”-tulis Aeril lagi

Aeril sebelum ini meminta bantuan orang ramai untuk mengesan individu terlibat yang didakwa menghantar barang sihir di kediamannya setelah gagal untuk mendapat nombor pendaftaran kenderaan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.