23.2 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

“Kalau Ibu Dia Bagi Lampu Hijau, Maka Adalah Jodoh Kami” – A.Aida

Sebuah video semasa sambutan ulang tahun kelahiran ikon fesyen terkenal iaitu Wak Doyok telah mengundang spekulasi orang ramai apabila memuat naik gambar mesra bersama penerbit terkenal , Datuk A. Aida di laman Instagram milik mereka berdua.

Melalui perkongsian tersebut , Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Haji Mohd Nor dilihat selesa dipeluk erat oleh A.Aida ketika menyambut ulang tahun kelahirannya dipusat karoke terkemuka.

Mengulas mengenai gambar yang tersebar itu A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah binti Awang mengakui Wak Doyok adalah sahabat lelakinya yang paling rapat dan seleasa bersama dengan Wak. lelakinya yang sangat rapat, namun enggan mengulas lanjut soal jodoh.

Namun dia enngan mengulas lebih lanjut soal hubungan mereka kerana tidak mahu memanjangkan isu dan memohon orang ramai agar mendoakan kebaikkan dalam hubungan mereka.

“Kami sudah lama kenal. Wak adalah best friend forever dan sangat penyayang dan mengenai sejauh mana perhubungan kami, saya tak nak komen, tetapi doakan sajalah. Sekiranya ada jodoh, ada lah ” terang A.Aida dengan bersahaja.

Lelaki Idaman

Bercerita tentang lelaki idamannya , Aida mengakui senang dengan Wak Doyok kerana dia pandai berfesyen dan itu adalah salah satu daripada ciri yang disukainya pada lelaki pilihannya,

“Saya sukakan lelaki yang bergaya dan pandai menjaga penampilan diri sebab saya pun begitu”.

Mengenai sebuah kenyataan berkenaan ibu Wak Doyok pula yang pernah menyatakan dengan tegas bahawa dirinya tidak mahu dan menolak untuk bermenantukan seorang janda.

Namun dia hanya berserah kepada jodoh dan berharap agar ibunya Wak Doyok merestui hubungan mereka jika ada jodoh antara mereka.

“Sebab itulah saya hanya berserah kepada jodoh. Sekiranya ibu Wak memberikan lampu hijau, maka ada jodoh kami.”

A.Aida juga mengakui belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu Wak Doyok dan tidak menolak jika dapat bertemu dengan mak Wak Doyok dan menjalin hubungan yang baik antara mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.