22.1 C
Malaysia
Monday, July 1, 2024

Latest Posts

Kamal Adli Bangga Cara Uqasha Urus Anak, Rajin Berjaga Malam & Susukan Uqaira

Usia anak sulung sudah berusia dua bulan, pelakon Kamal Adli berkata cabaran besar untuk menjaga puteri mereka adalah saling bergilir menjaga bersama isterinya, Uqasha Senrose. 

Memetik Media Hiburan, Kamal berkata dia teruja melihat anak membesar di depan mata serta mengakui adakalanya sukar untuk berjaga malam.

“Syukur setakat ini anak kami sihat. Cepat masa berlalu kerana sekejap saja dia membesar. Jujurnya pada awal kelahiran agak sukar sedikit, saya saling bertukar giliran dengan Uqasha untuk menjaganya.

“Uqasha jaga Uqaira siang manakala saya pula malam. Tapi malam pun Uqasha akan bangun juga. Tak dinafikan susah juga rupanya untuk berjaga malam memandangkan ada ketikanya Uqaira sukar tidur dengan lena,” katanya.

Sementara itu, Kamal turut bangga terhadap isteri tercinta yang tidak pernah mengeluh menjaga anak mereka dan sanggup bangun untuk menyusukan Uqaira.

“Alhamdulillah Uqasha baru habis pantang. Saya bangga dengan dia sebab caranya dalam menjaga anak kami.

“Saya juga gembira tengok perubahannya sebagai seorang ibu sekarang. Dia memang betul-betul komited sanggup bangun, menyusu dan tidak merungut langsung,” katanya.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan sebelum ini Uqasha pernah alami keguguran sebanyak dua kali.

SUMBER: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.