26.3 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Karnival Jom Heboh Mana Lagi? Melaka Ler… Jom!


Karnival Jom Heboh (KJH) sudah sinonim dengan membawa keseronokan menerusi pelbagai aktiviti riadah semenjak penganjuran pertamanya pada tahun 2003.

KJH Mana Lagi? Melaka Ler…

Kali ini KJH merentas ke Selatan yang bertempat di Dataran MITC, Ayer Keroh selama tiga hari berturut-turut dari 28 hingga 30 Jun ini.

Melaka merupakan lokasi ketiga dalam penjelajahan KJH 2024 dan bersempena dengan ulang tahun TV3 yang ke-40, pelbagai aktiviti, tawaran hebat dan hadiah menarik disediakan untuk orang ramai menerusi reruai Studio Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), Vocket, Hot FM dan Kool 101.

Reruai-reruai yang disediakan di KJH 2024 ini berjaya menghimpunkan lebih daripada 200,000 pengunjung di setiap lokasi. Justeru, warga Selatan tidak perlu risau kerana KJH Mana Lagi? Melaka Ler… turut menyediakan pelbagai jenis reruai dan aktiviti-aktiviti menarik khas buat para pengunjung.

Pelbagai aktiviti disediakan

Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah Pertandingan Ratu Kebaya Drama Sangat terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 tahun keatas, pertandingan Tonton eSports War of Clans serta berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan barisan selebriti popular seperti Afieq Shazwan, Dr Ahmad Idham, Yassin Senario, Bella Astillah, Muaz Zabir, Shaza Bae, Fasha Sandha dan ramai lagi.

Dalam usaha menghibur, KJH turut mengambil berat susulan krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin dan pengunjung boleh menyalurkan sumbangan di Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima.

Bagi yang aktif bersukan, ini merupakan peluang anda untuk merebut hadiah utama wang tunai sehingga RM1,800 beserta trofi dan medal menerusi Kejohanan Bola Jalanan Vocket ‘3v3’!

Tidak lupa juga kepada warga-warga kota Melaka yang mempunyai bakat dalam menyanyi, anda berpeluang menunjukkan bakat menerusi Jom Lokal Jam di pentas lebih besar dan ingin mencari peluang berkecimpung dalam industri hiburan tanah air.

Hiburkan hujung minggu anda bersama barisan penyanyi popular tanah air di Konsert Jom Heboh pada 29 & 30 Jun 2024 (Sabtu & Ahad) bermula pada pukul 9.00 malam di mana anda akan dihiburkan dengan persembahan menarik daripada Naqiu, Indah Ruhaila, Sufian Suhaimi, Puteri Khareeza, Zamani Slam dan Drama Band pada malam pertama.

Pada malam kedua, kemeriahan Konsert Jom Heboh diteruskan dengan persembahan mantap daripada Rahmad Mega, Hael Husaini, Shiha Zikir, Ruffedge, Baby Shima dan Ara Johari.

Pengunjung Karnival Jom Heboh Mana Lagi? Melaka Ler… pastinya tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana pelbagai hadiah menarik menanti anda! Rebut peluang ini untuk membawa pulang hadiah lumayan seperti iPad, Tiket Taman Tema Legoland, penginapan 3 hari 2 malam di Hotel Legoland dan pelbagai lagi.

Tunggu apa lagi warga Kota Melaka? Ayuh kita serbu Karnival Jom Heboh Mana Lagi? Melaka Ler… yang berlangsung pada 28 hingga 30 Jun 2024 (Jumaat, Sabtu & Ahad) di Dataran MITC Ayer Keroh bermula seawal pukul 9.00 pagi!

Sebarkan keseronokan anda sekeluarga dengan menggunakan tanda pagar #TV3SentiasaBersamamu #KarnivalJomHeboh #InspirasiGenerasi. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.