23.2 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

‘KAU AKU SATU’: OST Filem Pulau Nyanyian Alif Satar & The Locos

Selepas berjaya memenangi tempat ketiga dalam Anugerah Juara Lagu 37, kumpulan penyanyi terkenal, Alif Satar & The Locos tampil dengan single terbaru yang bertajuk Kau Aku Satu.

Genre Retro Pop

via WebTVAsia

Lagu yang bergenre retro pop ini  merupakan hasil nukilan sepenuhnya oleh komposer Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat.

Lagu ini juga turut menampilkan melodi dan lirik berbeza yang membakar semangat baharu buat Alif Satar & The Locos untuk menyajikan kepelbagaian dalam menghasilkan karya mereka.

Kisah Onak Duri Bercinta

via WebTVAsia

“Kau Aku Satu” mengisahkan tentang sebuah kisah cinta di antara dua dunia yang berbeza dimana mereka di halang kerana perbezaan hidup.

Namun, mereka tetap berjuang mengharungi setiap onak duri bersama dan membuktikan jelas bahawa cinta yang tulus menyatukan mereka berdua.

OST Filem Pulau

via WebTVAsia

Single Kau Aku Satu nyanyian Alif Satar & The Locos ini juga merupakan Lagu OST filem Pulau.

Para peminat Alif Satar & The Locos boleh mula mendengarkan single ini melalui platform streaming digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, Joox dan pelbagai lagi mulai 10 Februari ini.

Selain itu, muzik video Kau Aku Satu bakal dilancarkan di saluran YouTube rasmi WebTVAsia dan Alif Satar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.