26.3 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

‘Kau Kampung Sangat, Pakailah Seksi Kena Nampak Wow’


Penyanyi berkongsi kisah zaman kejatuhan mereka selepas berlaku perubahan terhadap genre muzik di Malaysia.

Zaman kejatuhan

Menerusi temu bual CloseUp Pagi On Point di radio Kool 101, atau mesra disapa Nana berkata, ketika itu kebanyakkan pendengar mula cenderung untuk mendengar muzik indie yang menyebabkan lagu-lagu ‘jiwang’ sudah mula dilupakan.

Masa zaman kejatuhan saya, orang suka lagu indie jadi lagu-lagu ‘leman’ macam saya ni agak kurang mendapat sambutan.

Susulan itu, pelantun lagu Hati Ku Milikmu tersebut mengambil keputusan mengubah penampilannya untuk membuat kemunculan semula di dalam industri namun usahanya gagal.

Saya agak struggle ketika itu, terfikir nak kena ubah imej ke? Supaya diterima dalam industri.

Ada nasihat juga daripada orang sekeliling, ‘kau buatlah macam ni, kau ‘cik empung (kampung) sangat.’

‘Pakailah seksi sikit sebab zaman sekarang ini memang kau kena nampak wow, kalau nak comeback dalam industri ni’.

Jadi saya pun cuba, rupanya tak menjadi.

Dalam pada itu, Tomok atau nama sebenarnya yang merupakan vokalis kumpulan New Boyz turut mengalami nasib yang sama.

Bagaimanapun, berbekalkan semangat, Tomok bangkit semula sehingga berjaya meraih gelaran juara menerusi program One In A Million pada tahun 2009.

Tahun 2006 sampai 2008 itu adalah tahun gelap untuk kerjaya saya sebagai seorang artis.

Comeback saya bermula daripada One In A Million, itu adalah satu batu loncatan yang kena ingat sampai bila-bila.

Kalau nak diikutkan kita dah hilang semangat sebab kita dah duduk dekat atas, tiba-tiba jatuh. Tak ada show, tak ada lagu, lagu saya orang tak main. Jadi takut dengan perkara itu.

Tapi sebab semangat, minat bernyanyi dari kecil. Saya cari ruang untuk berada di dalam industri.

Sumber: TikTok Kool 101

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.