21.1 C
Malaysia
Tuesday, July 2, 2024

Latest Posts

“Kedai Saya Hari-Hari Cina Datang Makan, Apa Cerita?” – Peniaga Tak Puas Hati ‘Influencer’ Bagi Reviu Makanan Tak Sedap

Seorang pengusaha restoran tampil meluahkan rasa tidak puas hati apabila makanan yang disediakan pihak mereka didakwa tidak sedap seperti yang diperkatakan orang ramai.

Pengusaha restoran ‘tak puas hati’ kena rating rendah?

Difahamkan, ‘influencer’ makanan terkenal, Jason telah datang ke restoran tersebut dan memesan hidangan utama yang didakwa enak mengikut kata pengikutnya.

Error loading media
The Patagonia Desert- A 4k Aerial Film of Argentina

00:00

Live
00:00 / 03:03

Copy video url
Play / Pause
Mute / Unmute
Report a problem
Language
Back
Default
English
Español
Українська
Русский
Share
Back
Vidverto Player

Berikutan itu, pengusaha berkenaan tampil memberi respon mengenai ‘reviu’ Jason itu di TikTok.

Cina hari-hari datang makan

Kata pengusaha itu, restorannya dihadiri pelbagai jenis kaum dan menegaskan bahawa dia mempunyai ramai pelanggan berbangsa cina.

Kalau cina banyak makan, kedai tu sedap, betul tak? Kedai saya ni hari-hari cina datang makan, apa cerita?

Tambahnya lagi, hidangan yang disediakan di kedai makannya sesuai untuk semua orang dan mempunyai pilihan yang berbeza.

Pengusaha itu juga turut ‘membetulkan’ reviu Jason yang mengkritik taufu yang dimasak tidak garing kerana tidak mahu ia menjadi hangit.

Jason kata taufu saya apa? tak garing? Kalau saya goreng sampai crispy, hangitlah dia.

Menjengah ke ruangan komen, respon pengusaha restoran itu tidak diterima baik netizen kerana rata-rata lebih memihak kepada Jason.

“Lah, koyak? Tu gunanya review bang oi. Kalau semua nak elok ikut tekak hang, hang makan sorang. Tak boleh kena tegur. Melenting jadi yang terpaling.” komen seorang netizen.

ADVERTISEMENT

Namun ada juga yang meminta pengusaha itu mengambil kritikan Jason sebagai panduan untuk memperbaiki cara masakan agar lebih baik di masa hadapan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SUMBER : TikTok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.