21.5 C
Malaysia
Sunday, June 30, 2024

Latest Posts

Kelebihan Sabar yang Dikurniakan Allah kepada Saya – Datin Alyah

Satu perkongsian di Instagram milik Alyah mendapat perhatian ramai apabila beliau menulis kata-kata manis untuk suaminya, Dato Ramli MS baru-baru ini. Post tersebut mendapat respon yang positif daripada netizen. Malah, rakan artis serta orang ramai turut mendoakan agar hubungan mereka berkekalan dan meninggalkan komen yang mencuit hati tentang pasangan ini.

Sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Ramli MS yang ke-64 hari tempoh hari, Alyah hanya menyambut secara ringkas kerana suaminya sentiasa sibuk dengan acara. Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menitipkan coretan tentang rasa dan perasaannya sepanjang sembilan tahun menjadi pasangan kepada Dato Ramli MS.

Selamat Hari Lahir!

Alyah juga melampirkan gambar-gambar bersama suaminya dalam post tersebut. Ucapan Alyah itu turut disertakan dengan momen bersama dan beberapa gambar serta video bersama Ramli atau mesra disapa Tok Ram.

Pasangan Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada 18 Mac tahun 2013 dan hingga kini masih belum dikurniakan anak namun mereka masih bahagia dan tenang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.