29.2 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran – Ini Tema Sempena Maulidur Rasul Di TV1

“Rasulullah (SAW) rindukan kita. Namun rindukah kita pada Rasulullah?”. Lalu bagaimanakah cara kita hendak menyatakan kembali perasaan rindu kepada baginda?

Salah satu daripadanya dengan meraikan sambutan Maulidur Rasul yang disambut umat Islam seluruh dunia pada 9 Oktober ini.

Akan Diberi Ganjaran

Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan sempena hari kelahiran baginda Rasulullah SAW, amalan yang baik dan akan diberi pahala serta ganjarannya kerana bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Muslim)

Radio Televisyen Malaysia (RTM) berbesar hati dapat berkongsi dengan seluruh Keluarga Malaysia program-program terbaik meraikan sambutan Maulidur Rasul menerusi saluran TV1.

Bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran’

via RTM

Tahun ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran”, sama-sama luangkan masa bersama yang tersayang menyaksikan empat program khas yang dipilih RTM dua hari berturut-turut, pada 8 dan 9 Oktober 2022.

Saksikan telemovie bertajuk “100 Hari”, pada 8 Oktober ini, pukul 2.30 petang yang mengangkat kisah tentang hidup 100 hari dua orang insan sebelum ajal menjemput mereka.

Diantara seorang hamba Allah yang mengejar ukhrawi dan seorang hamba Allah yang lebih mengutamakan duniawi. Drama ini menampilkan pelakon utama Maria Farida, Melissa Saila, Raja Azri, Chal Ahmad, Nad Zainal, Mohd Fadzrin Danial, dan Farhana Qistina.

Kontroversi Keluarga

Seterusnya pukul 10.00 malam mengisi slot Panggung RTM disiarkan drama “Mencari Muhammad” lakonan Azri Iskandar, Aleeza Kassim, Syazwan Zulkifli, Reen Rahim, Shafiq Sahli, dan Adam Shahz.

Kisahnya berlatarkan tentang watak utama iaitu Hisyam telah mendermakan 1/4 hartanya serta membekukan 2/4 lagi dengan mewasiatkan harta itu adalah milik Muhammad. Ini telah menimbulkan kontroversi dan spekulasi dalam keluarganya kerana mereka tidak kenal siapa Muhammad.

Siaran Langsung Sambutan Maulidur Rasul

via RTM

Pada 9 Oktober ini bermula pukul 9.00 pagi, ikuti “Siaran Langsung Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M” dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Menyusul hari sama program “KMI: In Person With UNIC”, pukul 2.00 petang, hiburan kerohanian bersama kumpulan nasyid dengan pilihan lagu-lagu popular mereka ini. Dalam konsert ini UNIC turut mengundang Wani Syaz sebagai artis jemputan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.