22.7 C
Malaysia
Monday, July 1, 2024

Latest Posts

Kena Selesai Dahulu Status 2 Talak Dan 1 Taklik, Mahkamah Mahu Tahu Yang Sebenarnya Syamsul Sudah Lafaz Berapa Kali

Lumrah pasangan yang menjalin kasih, terkadang apabila sudah bermosi, kata-kata yang dilemparkan pastinya penuh caci dan maki. Walaupun di hati kata sayang tetapi jika sudah dibelenggu rasa sedih ada saja fikiran negatif terlintas di hati.

Oleh yang dekimian NABI SAW berpesan kepada umatnya berkaitan lafaz yang memberi kesan kepada sesuatu hukum kerana sifat manusia adakalanya ampuh terhadap tekanan atau emosi.

Sifat itu sebenarnya banyak didorong bisikan syaitan dan iblis yang sentisa mencari ruang untuk merosakkan kehidupan manusia dan umat Islam.

Tiada pengecualian apabila segala rukun dan syarat lafaz itu lengkap, maka ia tetap memberi kesan hukum.

Lafaz nikah, talak dan rujuk yang diucap dengan lengkap segala rukun serta syaratnya akan menyebabkan lafaz itu sah dan memberi kesan hukum.

Bagaimanapun, ramai pasangan mungkin keliru sama ada jika hanya berniat sahaja jatuh talak. Jawapannya adalah tidak jatuh jika hanya niat di hati.

Itu penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) yang menyatakan, talak tidak jatuh dengan hanya berniat tanpa menyebutkan lafaz cerai secara jelas (sarih) mahupun kiasan (kinayah) yang merupakan salah satu rukun talak.

“Talak akan berlaku jika memenuhi rukun-rukun serta syarat-syaratnya. Setiap rukun terdapat syarat-syaratnya. Rukun talak ialah suami, isteri, sighah (lafaz), niat dan wilayah (kekuasaan).

“Sekiranya seorang suami hanya berniat talak, maka ia tidak sempurna melainkan memerlukan kepada rukun lafaz talak sama ada lafaz yang jelas atau kiasan dan rukun talak lain yang memenuhi syarat-syarat nya,” katanya.

Berbahas soal itu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, 38, terus berpanjangan apabila Mahkamah Rendah Syariah, menetapkan 14 Jun depan sebagai tarikh baharu untuk status pengesahan lafaz cerai.

Peguam syarie mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir yang ditemui selepas laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP), hari ini berkata, kedua-dua pihak perlu mengesahkan dua lafaz cerai yang didakwa pernah dilakukan Syamsul sebelum ini.

“Tujuan utama kita hari ini adalah mahkamah mendengar penjelasan daripada pegawai JKP yang mengendalikan proses ini. Mahkamah berpuas hati dengan prosedur dijalankan oleh pegawai JKP dengan tertib.

“Dan mahkamah memaklumkan pendapat pengerusi JKP dan wakil kedua-dua pihak bahawa perkahwinan ini tidak boleh diselamatkan.

“Antara yang dikongsikan adalah shiqaq, ada pihak ketiga dan tidak bertanggungjawab.

“Sebelum teruskan dengan proses berikutnya, iaitu untuk merujuk pada hakam kerabat, peguam Syamsul, Azmi Mohd Rais membangkitkan lafaz talak yang sudah dilafazkan oleh anak guamnya.

“Jadi, mahkamah mendapati isu lafaz cerai di luar mahkamah perlu diselesaikan dahulu kerana mahkamah perlu tahu talak ke berapa, memandangkan kami sudah membuat permohonan cerai.

“Dia kata ada dua lafaz dan satu taklik, taklik adalah ‘conditional divorce’,” katanya kepada BH Online.

Kata Akberdin, oleh itu, mahkamah sudah berikan satu tarikh lain untuk kedua-dua pihak berbincang mengenai siapa yang mahu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah.

“Kita perlukan memfailkan kepada mahkamah mengesahkan perceraian disabit atau tidak.

Peguam Syamsul syorkan untuk kami failkan sebab peguam mahu berjumpa dan berbincang cara terbaik untuk selesaikan kes ini.

“Sama ada kami failkan atau pihaknya yang failkan, kami akan maklumkan,” katanya.

Sebelum ini, sesi perdamaian antara Syamsul dan Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) di sini, menemui jalan buntu.

Puteri Sarah mendakwa usaha berdamai dengan Syamsul tidak akan terjadi, sebaliknya, nekad dengan keputusan bercerai.

Malah, Puteri Sarah mengaku enggan bersemuka dengan Syamsul, sebaliknya meminta sesi dilakukan dalam bilik berasingan.

Berikutan itu, proses JKP dibawa kepada sebutan kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.