22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

“Kenapa Tutup Jumlah Bayaran?…Setiap Kali Bayar RM100 Sebab Itu Saya Menggila”

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mempersoalkan tindakan bekas suaminya itu menutup jumlah bayaran nafkah yang dikongsikan di media sosial.

Memetik mStar Online, Shuhada berkata Hafidz juga menggabungkan bayaran untuk beberapa bulan dan bukan memberikan nafkah seperti yang telah ditetapkan mahkamah.

Bagaimanapun, Shuhada berkata dia tetap bertahan untuk membesarkan dua anak mereka, Humairah dan Umar meskipun diberikan nafkah anak hanya RM100 sebulan.

“Bab nafkah, saya nak tanya satu transaksi untuk tiga bulan. Kenap tutup jumlah bayaran? Kenapa nak kena gabungkan bulan?

“Lepas tu bayar satu kali sahaja? RM100 sahaja, setiap kali bayar RM100 sebab itu saya menggila, macam mana saya nak survive?” katanya.

Sementara itu, Shuhada berkata dia berharap bekas suaminya itu menerima balasan daripada Allah serta berterima kasih kepada Hafidz dengan gelaran janda diberikan kepadanya.

“Saya cuma nak cakap di atas dunia ini kalau saya balas, hanya seguris sahaja dekat hati dia tapi tiada gunanya. Jadi saya serahkan segalanya kepada Allah untuk membalas semuanya. Semoga dia hidup bahagia. Terima kasih kerana jandakan saya dan letak muka saya jadi anjing,” katanya.

Semalam, Hafidz dilihat ada memuat naik kenyataan meminta bekas isteirnya itu menunjukkan bukti dia menyebarkan dokumen mahkamah serta menggelar ibu kepada dua anaknya itu sebagai janda penfitnah dan janda penipu.

SUMBER: mStar Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.