23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

“Keperluan Lawak dalam Hidup: Jauhkan Adegan Ramas-Meramas” – Aliff Syukri

Baru-baru ini, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah telah memuat naik video bersama usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sedang bergelek sakan sambil menggoyangkan pinggul.

Memetik Xtra, Aliff memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan video tarian gelek punggung bersama Ifa Raziah.

Menurut Aliff, ujarnya tarian tersebut hanya sekadar gurauan sahaja dan ianya dirakam untuk dimuat naik di aplikasi TikTok.

“Saya minta maaf lah kalau tarian tu menyebabkan anda marah. Hidup ni dik perlu lawak, perlu manja hanya bergurau. Bukannya ada adegan ramas-meramas punggung pun, atau pegang-memegang betul tak?,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff berkata tarian tersebut bergantung pada tafsiran mereka yang menonton, jika fikir negatif perkara tersebut akan jadi negatif.”Saya ingin anda berfikir secara positif sahaja… Video tersebut sebenarnya kami buat untuk TikTok. Jadi, tidak kisah apa yang saya katakan. Sama seperti kita menari lagu ‘Flower’ oleh Jisoo Blackpink, jika anda berfikir negatif, maka ia akan menjadi negatif begitu juga sebaliknya,” jelasnya.






';
document.write($viu);
}

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.