22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Kerabu Taugeh Air, Macam Cara Orang Dulu Dulu Guna Resipi Ini

Jom buat Kerabu Taugeh Air cara orang dulu-dulu. Memang makan bertambah kalau buat style macam ini.

Nak pula kerabu mempunyai peminatnya tersendiri. Sesekali jika bosan dengan masakan sayur yang biasa, bolehlah cuba membuat kerabu. Sedap dan ringkas, boleh diratah gitu je!

Kerabu tauge misalnya salah satu daripada kerabu yang popular. Dengan kosnya yang murah, cara menyediakannya pun ringkas.

Resipi dikongsi Cik Puan Siti Hazneza Abdul Hamid ini bolehlah dicuba. Resipi kerabu yang agak kering itu diwarisi daripada ibu dan neneknya.


RESIPI KERABU TAUGEH AIR

bahan kerabu taugeh air

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang besar – mayang nipis
  • 2 inci halia – potong jurai
  • 1 bunga kantan – cincang
  • 2 batang serai – ambil bahagian lembut dan hiris nipis
  • ½ cawan beras – disangai dan tumbuk kasar
  • 2 cawan kerisik – tumbuk sekejap sahaja untuk kuatkan wangi dan rasa, tidak perlu sampai pecah minyak
  • 1 cawan sambal belacan/ secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

1. 200 g tauge dibuang ekor dan dicelur.

2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.

3. Seimbangkan perisa. Tambah air asam jawa, garam, gula dan sambal belacan jika perlu.

4. Siap dan sedia untuk dihidang.

kerabu taugeh air


Memang rangup dan kering. Jika suka versi yang basah, boleh letak dua hingga tiga sudu makan santan. Selamat mencuba resipi ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.