22.3 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Khairul Aming Ulas Isu Minyak Berlebihan Dalam Masakan, Komen Azrinaz Mazhar Hakim Curi Perhatian!

Tidak cepat melatah, pempengaruh media sosial Khairul Aming membalas kritikan seorang pakar kesihatan yang memberikan teguran terhadap kaedah masakannya yang dianggap kurang sihat dan berisiko kepada mana-mana individu menerusi ciapannya yang tular di Twitter.

Kena Kawal Portion

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Khairul Aming tampil memberi penjelasan sebagai seorang individu yang pernah mengalami obes dan food content creator. Selain itu, Khairul Aming juga sempat berkongsi perjalanannya untuk menurunkan berat badan

“Saya terima semua maklum balas dengan hati yang terbuka. Saya sememangnya setuju kesihatan adalah no.1. Berat saya 4 bulan lepas adalah sebanyak 113 kg dengan tinggi  184 cm. Jadi BMI saya sangatlah tinggi, kategori obese. Dan kini berat saya 100 kg, maknanya saya dah hilang sebanyak 13 kg.

Makanan kita sedap, rugi tak makan sebenarnya. Cuma kita kena kawal portion.- kata Khairul Aming

Komen Azrinaz Mazhar Hakim Curi Perhatian

Penjelasan Khairul Aming di media sosial turut dihujani dengan komen netizen yang memuji penjelasannya yang sangat jelas dan tenang terhadap kritikan yang dilemparkan padanya.

Malah komen dari bekas personaliti televisyen yang juga bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim, memberi respon terhadap kenyataan pempengaruh media sosial itu.

“Makanan melayu ni kalau nak sedap mana boleh control kurang minyak, garam, gula. Itu dah tak ori. Kalau nak jaga badan, pergi workout dulu. Kalau setakat nak komen je tapi exercise pun tak, macam mana nak sihat.

Ya jaga portion juga penting. But if you keep eating clean, you’ll end up in depression because not enjoying our delicious food.”-komen Azrinaz Mazhar Hakim

Apa pendapat anda?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.