23.9 C
Malaysia
Friday, June 28, 2024

Latest Posts

Khasiat Madu Yang Tiada Tandingan Lebih-Lebih Lagi Untuk Kesihatan

 

Adakah anda sedar bahawa khasiat madu sangat banyak? Madu juga sesuai dijadikan petua dan amalan yang dapat memberi manfaat kepada penggunanya.

Dalam perkongsian ini, kita akan mempelajarai apa petua dan amalan yang boleh dilakukan menggunakan madu.

Antara Petua Madu Yang Perlu Kita Tahu:

  1. Petua madu dengan lada putih untuk clearkan mukus dan kurangkan risiko darah tinggi.
  2. Petua madu dengan limau kasturi untuk burn belly fat.
  3. Petua madu dengan talbinah (barli) untuk merawat kegelisahan hati dan kesedihan.
  4. Petua madu dengan kayu manis untuk mengurangkan jeragat.
  5. Petua madu dengan bawang putih bakar untuk tingkatkan nikmat suami isteri.
  6. Petua madu untuk cirit birit.

Banyak lagi petua yang ada dalam posting yang sebelum ini.

Harini saya nak kongsikan amalan Rasulullah SAW.

Ibnu al-Qayyim menyatakan,

“Nabi SAW biasa minum madu dicampur dengan air semasa perut kosong dan ini adalah rahsia mengekalkan kesihatan yang baik yang tiada siapa boleh faham kecuali seorang yang pintar dan diberkati.”(Zaad al-Ma’ad|34)

Antara Khasiat Amalan Ini:

  1. Detoks badan dengan melancarkan fungsi hati, buah pinggang dan sistem penghadaman. Orang yang ada gastrik teruk, gerd elok amalkan ini.
  2. Mengurangkan simptom alergi. Orang yang selalu flares teruk boleh cuba ya.
  3. Meningkat sistem imun badan. Bagus sangat untuk orang yang ada masalah low immune system terutama sekali yang ada penyakit kronik yang menganggu fungsi sistem badan.
  4. Membantu dalam penurunan berat badan. Boleh perah limau kasturi atau lemon cuma lepas minum acidic drink ni, eloklah kumur terus mulut dengan air supaya sisa asid dalam mulut tak merosakkan lapisan gigi.
  5. Buat kulit lebih bersih dan cantik. Saya suka sarankan orang yang ada masalah jerawat teruk, muka selalu breakout sana sini, bisul tumbuh sana sini cuba amalkan ini.

khasiat madu

Banyak sangat kegunaan madu ini. Semoga bermanfaat.

Sumber: Mastura Rashid

Baca juga:

Cara Buat Pati Lemon Madu, Elok Untuk Kurangkan Batuk & Turunkan Paras Kolestrol

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.