22.9 C
Malaysia
Saturday, June 29, 2024

Latest Posts

Kritikan Pedas Daripada Mas Idayu Buat Sissy Iman Menangis Dalam Famili Duo

Selepas persembahan daripada pasangan Duo Sissy Iman dan Naim mendapat komen pedas daripada juri Mas Idayu , Sissy dilihat menahan sebak kerana merasa terkilan dengan komen tersebut.

Pasangan ini telah menyanyikan menyanyikan lagu Jampi pada minggu keenam pertandingan itu namun pemilihan lagu itu dikatakan gagal kerana juri merasakan ianya tidak sesuai dengan mereka berdua.

Mas Idayu tidak teragak- agak melemparkan komen pedas pada peserta itu dan membuatkan Sissy terasa hati sehingga memalingkan mukanya daripada sorotan kamera.

“Awak buat apa malam ni? Minggu keenam ni! Awak patutnya cari la lagu yang sesuai dengan awak , daripada awal sampai akhir berkasar dekat situ sedangkan benda ni lembut, tradisional” , kata Mas Idayu.

Tidak hanya mendiamkan diri Naim Daniel memberikan kata – kata positif kepada penonton dan juri bahawa mereka sudah berusaha sehabis baik bagi memberikan yang terbaik buat penonton dan peminat.

Netizen Tak Puas Hati

Video tentang kritikan daripada Mas Idayu itu mendapat tontonan yang banyak apabila dikongsi di media sosila Tik Tok dan rata – rata netizen mengaku tidak berpuas hati dengan kritikan tersebut.

Malah melabelkan Mas Idayu sebagai juri yang keterlaluan dan selalu bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain serta tidak layak menjadi juri dalam mana- mana program Tv.

Setelah pelbagai gosip tersebar , Sissy pula tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana kegagalannya dalam memberikan persembahan terbaik dalam program tersebut.

Malah menyedari tentang kelemahannya sehingga merasakan dirinya tidak lagi layak untuk menyanyi lagi selepas program tersebut dan mengakui terkilan kerana tidak mampu mencintainya kariernya itu.

“Muzik selalu menjadi cinta pertama saya dan betul dalam seni, sedar diri dan sedar ruang itu perlu ada. Mungkin saya tidak menyedarinya. Atau saya tak bena-benar menyedarinya.”

“Saya tak dapat melihat diri saya berhenti daripada terus aktif dalam bidang muzik tetapi malam ini perasaan itu sebaliknya , sesuatu yang saya belajar dan cinta sejak lima tahun, tidak lagi mencintai saya,” tulisnya.

Terdahulu, persembahan Sissy dan Naim Daniel menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Hussaini menerima komen pedas Mas Idayu yang menganggap mereka tidak menyanyikan lagu tersebut dengan baik.

Bagaimanapun, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja menerima kritikan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.